Saturday, October 15, 2011

Skinhead. siapa mereka yang berimej pelik ini?

siapa tidak kenal akan Skinheads. golongan ni merupakan pecahan daripada golongan Mods (modernist).Terdapat dua jenis Mods ini iaitu Peackok Mods(soft Mods) dan Gang Mods (juga dikenali sebagai Peanut dan Lemonhead.)


Akhir tahun 1950-an, Britian mengalami peningkatan Ekonomi selepas perang. ramai golongan muda kini terlibat secara langsung dalam bidang perindustrian. Pendapatan yang ada dibelanjakan untuk menikmati kehidupan dengan mengikuti perkembangan fesyen, menikmati muzik R&B, SKA, SOUL, ROCKSTEADY dan BLUEBEAT. pada masa ini, mereka lebih tertarik kepada arus kemodenan. mereka inginkan kehidupan dan mentaliti yang maju ke hadapan seperti sebuah negara maju yang lain. pada era ini juga mereka dikenali sebagai Modernist.



SOFT MODS / PEACKOK MODS
Golongan ini merupakan versi Mods yang mempamerkan kebanggan dalam berpakaian dan aksesori mewah. Berbeza dengan Gang Mods, golongan ini mengenakan pakaian mewah yang mahal, ditempah khas dengan buatan tangan. mereka juga berbangga dengan skuter mereka.


GANG MODS/LEMONHEAD/PEANUT
 Pada tahun 1965, pecahan daripada golongan MODS ini membentuk satu lagi cabang MODS yang lebih 'gagah'. komuniti yang didominasi oleh golongan yang rata-rata terdiri daripada kelas pekerja perindustrian ini membentuk satu kumpulan yang agak agresif berbanding saudara mereka iaitu peackok Mods (soft Mods).
hanya pada tahun 1968, nama SKINHEADS menjadi sinonim kepada kumpulan ini. hal ini kerana mereka sering tampil dengan kepala yang hampir botak (buzz cut).

penampilan yang lebih kepada imej 'golongan pekerja' ini menjadikan Skinheads lebih dikenali ramai. imej kepala yang hampir botak mempunyai rasionalnya tersendiri. oleh kerana ramai antara mereka yang berkerja sebagai buruh di dalam bidang perindustrian,maka rambut dengan potongan 'buzz cut' adalah lebih selesa. terdapat juga hipotesis yang menyatakan bahawa imej buzz cut ini sebagai salah satu faktor keselesaan kepada mereka semasa terlibat dalam pergaduhan jalanan.

PERJALANAN SKINHEADS


 1950-an                      Golongan MODS dihidupkan


1965                            golongan pertama Gang Mods. akhirnya menjadi SKINHEAD

1970-an                       kemunculan golongan lain seperti
               
                                    Oi! Skinhead,
                                    Trojan Skinhad,
                                    Sharpies (aussie styles),
                                    Hardcore Skinheads.

skinhead dan vespa



imej Skinhead yang sering menjadi perhatian.


FESYEN TERAWAL GOLONGAN GANG MODS/SKINHEADS

ok. tadi aku dah terangkan secara ringkas tentang Skinheads.kali ni aku ajak korang tgk aksesori yang 'kewl' geng-geng skinhead ni. cekiduttt bebeh..





dr marten's boots. tinggi nak mampos.

Alpha brand Flight Jacket.








No comments:

Post a Comment